Home

Jul 8, 2011

Camera | Photography | Photowork | Service


10 Tips ubahsuai Facebook yang mungkin kita tak tahu

1. Sorok news feed yang kita tak nak
Kadang-kadang ada kawan-kawan kita yang suka update 
status setiap jam sekali menyebabkan status update kawan-kawan 
kita yang lain pun terjumpa.Biasanya kawan-kawan kita
 yang berniaga internet ni la.Caranya mudah saja. Klik pangkah
 pada status update dia dan kita akan jumpa Hide all by
 <nama kawan>.Kalau orang tak dikenali, 'Mark as spam' je.  








2. Kategorikan senarai kawan-kawan
Cuba anda perhatikan profile kecil kita di laman Home dan ada link untuk
 Create Group. Itu bukannya nak cipta group page,tapi untuk kategorikan
 kawan-kawan kita.  





Selepas klik Create Group, masukkan maklumat Group kawan-kawan 
kita. Pilih Privacy Setting untuk Group kawan kita.

Kemudian, pergi ke Account-->Edit Friends. Anda akan jumpa group
 yang telah cipta di sebelah kiri laman.
Selepas itu, tetapkan kawan-kawan mengikut group yang telah dicipta.

3.Tapis new feeds mengikut kategori
Selepas cipta group, kat new feeds tu bolehla kita tapis mengikut kategori 
kawan-kawan dan kategori yang telah disediakan oleh Facebook. 
4. Buang notification Facebook dari email kita
Anda pergi semak email yang anda daftar di Facebook. Bagaimana?Banyak
 email dari Facebook bukan?Itu hanya Notification dari Facebook bila gambar
 anda ditag,atau ada komen,status update dan lain-lain. Untuk mengelakkan
 inbox kita penuh, pergi ke Account-->Account Settings dan pilih tab Notifications. 
Uncheck checkbox anda untuk mengelakkan dapat email daripada
 Facebook. Pilih yang mana penting sahaja.

5.Sorokkan status  update kita
Status update kita boleh ditetapkan paparannya samada hanya untuk 
kawan-kawan atau awek sendiri atau tak nak mak kita tengok. 
Kalau tak nak ada sesetengah kawan atau famili kita tengok status update kita,
 boleh pergi ke Customize-->Hide this From. Kemudian Save Setting.




6.Tetapkan privacy setting 
Privacy setting ni yang selalu menjadi isu berkenaan dengan Facebook. Kita 
boleh tetapkan privacy mengikut apa yang kita nak. Pergi ke Account-->Privacy
 Settings. Kemudian, anda boleh klik pada customize settings. 
7.Delete kawan daripada senarai
Sebenarnya ada cara nak delete kawan kita daripada senarai. Kalau anda
mempunyai ramai kawan sehingga beribu-ribu mungkin anda tak perasan ada
 yang telah delete anda daripada senarai kawan. Caranya pergi ke Account-->
Edit Friends. 




Klik tanda X pada senarai kawan yang kita nak delete tu.




8.Customize senarai chatting di Facebook
Kadang-kadang tak semua kawan kita nak chatting. Mungkin dekat Facebook
 ni anda suka berchatting dengan famili je ke. Kita boleh tetapkan begitu. Klik 
chat pada bawah kanan laman web Facebook. Pilih Friend Lists dan pilih
senarai yang kita nak lihat. (seperti rajah di bawah) 
Jika anda tak suka chat di Facebook, anda boleh tutup di Options-->Go
 Offline.




9.Sorokkan gambar yang telah ditag di profile kita
Biasanya bila orang tag gambar kita, imej tu akan dipaparkan di profile kita.
 Kadang-kadang takde gambar kita pun(biasanya kita kena tag gambar barang
 yang dijual) sehingga menjejaskan profile kitaGambar tu kita boleh sorokkan
 dengan klik X pada sudut atas kanan (Seperti rajah di bawah). 
10.Paparkan kategori senarai kawan di ruangan profile Facebook
Walaupun kita dah kategorikan kawan-kawan kita tu mengikut sedap mulut kita
 je, tapi ia tidak ditunjukkan pada profile kita. Apa yang kita harus lakukan ialah
pergi ke Edit Profile-->Featured People. 
 Pada senarai kawan kita hanya ada friends dan family. Jadi klik pada Add an
 existing list or group.
 Satu tetingkap akan keluar. Pilih group yang kita nak paparkan pada profile kita
 dan klikAdd.
 Group kita akan nampak di sebelah kiri profile kita.
 Ini memudahkan kawan-kawan kita nak cari kawan dia pada kategori kawan 
yang kita ada.Ada faham tak?